Di dalam bab ini, murid akan berpeluang mempelajari pergerakan bebas, terkawal dan kreatif dengan lagu atau tanpa lagu.
Kemahiran yang dipelajari ialah
1. melakukan pergerakan yang menghasilkan bunyi iaitu daripada anggota badan seperti tepukan, hentakan dan petikan.
- ini adalah contoh video yang boleh digunakan untuk p&p cikgu di bilik darjah.
2. melakukan pergerakan mengikut irama bebas, terkawal dan kreatif seperti berjalan,melompat, ketinting, lompat skip atau berjalan atas hujung jalan kaki.
3. melahirkan perasaan melalui gerakan mengikut irama muzik iaitu irama rancak (pergerakan pantas dan irama perlahan (pergerakan lambat)
4. mempelajari tarian mengikut jenisnya iaitu tarian moden dan tarian tradisional.
- contoh tarian moden
- contoh tarian tradisional
5. mempelajari melakukan pergerakan berirama berbentuk senamrama atau senamrobik
- contoh senamrama