Friday, 14 October 2011

Salam perkenalan buat semua..

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera buat semua yang sudi membaca. Saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjamu mata dengan blog saya yang tidak seberapa ini. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya membina blog dan ini lah yang terbaik saya paparkan walaupun banyak lagi kekurangannya. 

Mengapa saya memilih mata pelajaran muzik pendidikan khas masalah pembelajaran untuk blog saya? 
Sebenarnya saya bukanlah seorang guru yang bertauliah di dalam bidang muzik tetapi saya telah mengajar mata pelajaran muzik pendidikan khas ini semenjak saya 'posting'. Sejak itu saya betul-betul menyukai bidang muzik ini tidak kira irama lagu yang pelbagai, memainkan alat-alat muzik moden@tradisonal, tarian dan sebagainya yang berkaitan dengan muzik. Oleh yang demikian, ini seperti sudah sebati dengan jiwa saya.

Apakah kebaikan muzik kepada murid-murid istimewa ini?
Pada pendapat saya, muzik banyak membantu saya dalam pengajaran saya terutamanya dapat mengawal tingkah laku dan disiplin murid, mengawal perasaan dan emosi murid serta menjadikan sesuatu pembelajaran dan pengajaran yang dijalanakan bertambah menarik dan menyeronokkan. Murid juga akan kelihatan sungguh bersemangat dan gembira dengan pelajaran yang hendak diajar oleh guru.  

Di mana saya dapatkan rujukan untuk membina blog ini?
Saya banyak merujuk pada buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, buku berkaitan muzik serta info dari internet. Saya juga ada meminta bantuan dan pandangan daripada guru muzik di sekolah saya sebagai panduan. Pada masa yang sama, saya banyak menggunakan pengalaman saya yang lepas bagi membina blog ini.

Apakah harapan saya?
Sebagai penutup, saya berharap dengan adanya blog saya yang tidak seberapa ini, ia dapat membantu serta memberi idea dan pengetahuan baru kepada semua yang beranggapan pengajaran muzik bagi murid pendidikan khas hanya memasang muzik dan melakukan pergerakan. Sebenarnya banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh kita lakukan sepanjang p&p dijalankan untuk murid-murid istimewa ini.

Sekian....

No comments:

Post a Comment